BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Chairman of the State Security and Peace Commission, Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Senior General Min Aung Hlaing dan juga rakyat Republik Kesatuan Myanmar bersempena dengan Hari Kemerdekaan Republik Kesatuan Myanmar yang Ke-78 Tahun.